ok. kali ini aku akan kongsi mengenai salah satu accessories yang selalunya orang akan pakaikan pada dslr mereka.


uv filter

credit to google

berdasarkan namanya yang tertera 'UV' dan 'Filter'. benda ni tujuan utamanya adalah untuk mengreducekan uv light yang akan diabsorbkan oleh slr terutamanya pada filem slr. kerana uv light ini boleh mengganggu contrast gambar dan akan mengganggu exposure kamera yang telah disetkan. paling ketara adalah apabila mengambil gambar dalam keadaan 'hazy' atau yang aku paham sebagai berjerebu. ini kerana sifat saintifik uv light yang wavelengthnya lebih kecil daripada visible light. so, manusia tak akan nampak uv light ni. tetapi dengan filem slr atau light sensitive film. uv light ini akan terpacul menganggu gambar yang diambil.

tetapi. efek uv light ini hanya terdapat pada filem slr. kerana digital slr atau dslr sekarang ni yang namanya pun digital sensors. so digital sensors ni amat sensitive kepada uv light so dia akan remove siap2 uv light supaya tak terpacul mengganggu gambar. maknanya dslr sekarang ni tak payah la nak sibuk2 pakai uv filter ni kan?

tidak juga. tujuan lain uv filter ni dipasang pada dslr adalah untuk melindungi lens. uv filter juga dinamakan sebagai protection filters. ini kerana lens amatlah sensitif. terutama bahagian depan lens. kebanyakan empunya dslr mewajibkan dslr mereka ada uv filter. kalau masa baru nak beli dslr pun. salesman tu akan suruh bubuh jugak uv filter ni.
(saja nak cekau duit lebih la tu. dah la bagitau masa nak bayar baru kena tambah uv filter. -_-)

dan. setiap benda tidak selalunya sempurna. kesan daripada uv filter ini adalah sebagai salah satu elemen optik yang mempunyai medium lain akan menyebabkan berlakunya flare dalam gambar. kadang2 jugak akan mengubah contrast sesuatu gambar. so. semasa nak membeli uv filter ni. pilihlah yang betul2 dan boleh harap. ada saja yang harganya bawah RM50. dan ada juga yang harganya lebih daripada RM 300. itu terpulang kepada si empunya dslr untuk memilih mana satu uv filter yang sesuai dengan dslr mereka sendiri. yang mahal tak semestinya elok dan yang murah tak semestinya kurenggg.

sebab tu ada jugak debat2 perdana di kalangan empunya-empunya dslr ni yang menyatakan  uv filter ni tidak sesuai kerana kualiti gambar tidak 100%. ok. kita main analogi ok.

situasi 1.
katakan anda ada lens dan memasang uv filter sebagai protection. tetapi kualiti gambar agak terganggu. lama2 pakai nanti mungkin nak jual. so. kerana jasa uv filter ni. lens anda masih lagi elok dan nak jual pun harga tidaklah jatuh banyak sangat.

situasi 2.
katakan anda ada lens dan tidak memasang uv filter sebagai protection. tapi kualiti gambar tidak terganggu langsung. lama2 pakai nanti mungkin nak jual. so. kerana ketiadaan jasa uv filter. lens anda mungkin tercalar ke ap ke pada bahagian hadapan lens dan nak jual pun harga jatuh merudum.

ok. mana satu pilihan majoriti?

Categories:

Leave a Reply